Peraturan AM

  • Murid-murid mestilah beruniform lengkap semasa ke Perpustakaan.
  • Barang-barang seperti beg, makanan, air, buku-buku sendiri dan lain-lain barang yang tidak diperlukan di perpustakaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan
  • Bahan-bahan di perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sebelum ia direkod.
  • Berbincang, berbual, berkelakuan sumbang dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian pengguna lain adalah dilarang.
  • Pengguna hendaklah meletakkan buku yang telah dibaca ke atas troli yang disediakan.
  • Pengguna diminta menarik kerusi dengan perlahan untuk mengelak daripada mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna diminta memasukkan kembali kerusi yang digunakan ke bawah meja sebelum beredar.
  • Keluarkan buku daripada rak dengan perlahan untuk mengelakkan buku-buku tersebut daripada rosak.