Objektif
- Menjadikan pusat sumber sebagai pusat maklumat untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
- Melahirkan masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan.
- Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu atau bertanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di pusat sumber sekolah.
- Membantu menjayakan program bacaan sekolah.
- Meningkatkan dan mengekalkan amalan suka membaca.
- Meningkatkan tahap penguasaan bahasa dan penulisan.
- Meluaskan dan menambah pengetahuan am pelajar dalam pelbagai ilmu.
- Meningkatkan kemahiran mengumpul maklumat dan bahan-bahan yang dibaca.