Saturday 5 April 2014

Promosi dan penempahan bilik APD

Promosi penggunaan APD telah dibuat di SMK Cenderawasih dengan mengedarkan pamplet ke semua kelas pada bulan Mac. Promosi melibatkan paparan iklan menggalakkan pelajar ke APD untuk Pdp menerusi program Kampus Astro. Para Pelajar dapat menonton pelbagai saluran menerusi program untuk pembelajaran. Antara saluran yang dapat ditonton ialah astro ceria, National Geographic, Animal Planet, 501 dan lain-lain.

Guru-guru yang relif digalakkan membawa pelajar ke APD untuk mengguna pelbagai saluran tv untuk kampus astro. Guru-guru perlu membuat tempahan pada jadual penggunaan APD yang diletakkan di luar bilik APD

Semua maklumat berkenaan PSS dan APD dipaparkan di ruang promosi yang terletak di tepi tangga Blok B.

No comments:

Post a Comment