Wednesday, 22 February 2012

Resensi Buku

Bermula pada tahun 2012, Program untuk Resensi Buku akan diadakan dibawah Program Pusat Sumber.Resensi buku adalah sebuah tinjauan ringkas dari sebuah buku oleh seseorang yang telah membaca buku . Hasil dari sebuah resensi buku merupakan hasil dari sudut pandang pribadi dari orang yang melakukan resensi tersebut.



(Ulasan Buku)

-      Tajuk Buku

-      Nama Pengarang / helaian

-      Pengajaran

-      Nilai

-      Rumusan/Pendapat Pembaca



PELAKSANAAN

1. Setiap hari Rabu, selama 5-10 minit (pada waktu perhimpunan koko)

2. Semua kelas yang terlibat  WAJIB menghantar wakil  untuk sesi berkenaan.

3.  Boleh dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

4.  Sijil penghargaan akan diberikan pada akhir tahun untuk  pelajar yang terbaik.

5.  Jadual pelaksanaan akan diedar ke semua kelas





Friday, 20 January 2012

Program NILAM - Mari Membaca

17 & 19 Januari 2012 , Selasa & Khamis - Bermula pada hari ini, pada setiap hari selasa dan hari khamis akan diadakan Program Membaca (NILAM) selamat 10 minit di tapak perhimpunan. Program ini bermula pada 7.20 pagi dan berakhir 7.30 pagi. Pada hari selasa diadakan Program Membaca untuk Bahasa Melayu manakala pada hari khamis pula ialah untuk Bahasa Inggeris.




Monday, 2 January 2012

Program READ 2011 & Anugerah Nilam

10 November 2011, Khamis - Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca dikalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini bertujuan untuk menyemai minat membaca dikalangan murid, memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan ilmu serta menjadikan budaya membaca sebagai asas menambah ilmu. Selain itu juga, penganugerahan Anugerah Nilam jugak telah diberi kepada murid yang mencapai Anugerah Gangsa. Turut diadakan Kuiz PSS dan juga penyampaian cenderahati untuk Program Galakan Membaca.